Petua mengurangkan loya ketika mengandung

Isnin, 7 Mac 2011
Petua mengawal loya dan muntah ketika mengandung:


* Lebihkan tidur. Tidur lebih dua hingga empat jam tiap-tiap malam boleh mengurangkan rasa sensitif otak satu mekanisma yang menggalakkan rasa loya dan pening.

* Pastikan sekiranya anda rasa loya ketika terhidu sesuatu bau. Elakkan dari bau-bau yang meloyakan itu.

* Elakkan dari makan terlalu banyak, kerana makan banyak akan membuncitkan perut dan mengakibatkan makanan susah hadam, faktor utama yang boleh membuatkan anda rasa hendak muntah. Cuba makan sedikit-sedikit pada satu-satu ketika.

* Bahkan, sekiranya anda memang cukup sihat dan cukup makan anda bolehlah berhenti makan buat selama 24 hingga 48 Jam. Berehatlah dan minum air banyak-banyak kerana air mudah hadam. Sup, teh atau air perahan apel adalah baik sekali diminum.

* Jauhkan dari memakan makanan yang mendatangkan sakit perut. Caranya ialah dengan memakan makanan sedikit-sedikit. Adalah juga baik sekiranya anda minum air sebelum anda bangun dari katil tiap-tiap pagi.

* Sentiasa bawa bekal biskut kering ke mana juga anda pergi. Kunyahlah biskut itu sebaik saja anda rasa hendak muntah.

* Mungkin doktor anda dapat memberikan anda ubat antacid yang boleh mengurangkan rasa mual. Tetapi berhati-hatilah ketika membeli ubat ini. Jangan beli ubat yang mengandungi sodium bikarbonat. Kadar sodium bikarbonat lyang terlalu tinggi dalam tubuh badan boleh mengakibatkan kaki bengkak kerana bahan garam Itu menahan air dalam tubuh badan.

* Makan vitamin B6 (pyroxidine). Vitamin ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mual dan pening-pening. Adalah selamat untuk mengambil sebanyak 50 milligram, dua kali sehari seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.

* Sekiranya keadaan anda bertambah teruk mungkin doktor anda akan memberikan vitamin itu melalui suntikan sehingga keadaan anda sembuh.

* Satu faedah memakan vitamin B6 ini ialah ianya boleh menguat-kan otot-otot. Ini dengan sendirinya dapat mengelakkan anda dari sembelit dan dapat menjauhkan anda dari masalah makanan tidak hadam.

* Sekiranya anda terlalu kerap muntah ini menunjukkan keadaan anda serius. Sekiranya ini berlaku
kemungkinan bayi dalam kandungan dan juga ibu akan menghadapi masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh badan. Sekiranya ini terjadi ibu dan bayi dalam kandungan juga akan menghadapi kekurangan makanan.Apabila ini terjadi, anda harus pergi berjumpa doktor.



Punca alahan:

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?

Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan:

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.


CARA MENGATASI ALAHAN

Makanan:

*Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

*Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.

*Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.

*Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.

*Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.

*Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.

*Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

*Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman:

*Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.

*Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.

* Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin Harian:

*Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.

*Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

*Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.

*Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.

*Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.

*Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.

*Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

*Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.

*Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)


Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?


*Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.

*Berat badan anda menurun dengan banyak.

*Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.

*Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.

*Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kopi pes kopi pes kopi pes je keje

syuhada berkata...

bestnye tips nie...blh amalkan nnt kalau mabuk2 masa mengandung :)

yetty sunarsih berkata...

Saya ingin kembali semua kemuliaan Allah atas apa yang dia gunakan Ibu Alicia Radu lakukan dalam hidup saya, nama saya Yetty Sunarsih dari Sandakan di malaysia, saya janda dengan 3 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan telah menjadi sangat kasar kepada saya dan keluarganya dan saya telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian ROBBI bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan saya menghubunginya untuk bertanya mengenai Ibu dan betapa benarnya pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan dia memberitahu saya bahawa benar dan saya menghubungi Ibu Ibu Alicia Radu dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya memeriksa akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberikan penerangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com) dan anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (yettysunarsihs850@gmail.com) untuk maklumat dan juga teman saya Annisa Barkarya melalui email nya :( robbi5868@gmail.com)

Catat Ulasan