Stock 14 October 2015 - LONGGOK eStore Koleksi Begtangan
-
LONGGOK eStore | Koleksi Handbag Berkualiti dan Trend Terkini(^_^)
Stock 14 October 2015 - LONGGOK eStore Koleksi Begtangan
Semua Katalog...
Sakit Tekak:
Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. Ingat ye, AIR SEJUK, bukan suam-suam kuku, bukan air panas menggelegak. Kacau rata. Kemudian, berkumur sampai habis.
Sakit Tekak:
Campurkan asam jawa td dgn bedak sejuk dan tambahkan sedikit air.bancur kesemuanya sampai pekat..lepas itu sapu di bhgian leher yg sakit..insyallah pasti hilang..
Sakit tekak:
Minumlah air nasi atau air didih nasi yang sedang ditanak. Buat beberapa kali hingga hilang sakit tekak.
Melegakan Tekak Akibat Batuk:
Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan merasa lega dan suara tidak lagi serak.
Pulihkan Sakit Tekak:
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Cairkan Lendir di Tekak:
Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.
Melegakan Tekak Perit:
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.
Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak:
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.
Sakit kerongkong:
Teh O Limau. Minumlah air tersebut dan insya-Allah sakit kerongkong anda akan berkurangan. Untuk kesan yang lebih baik, campurkan sepotong halia ke dalam minuman tersebut.
Petua hilangkan batuk:
1) ambil sedikit halia..
tumbukkan sampai lumat..
boleh dicampurkan ke dalam air suam atau
air teh o dengan 1/2 sudu kecil gula..
Baca Bismillah..
Minum pelan-pelan..jangan lah gopoh sangat..
Insya-Allah berjaya hendak nya..
2) banyakkan la minum air swam
3) dapatkan madu lebah original sesudu teh dan dicampurkan dengan
perahan limau nipis lalu di minum 3 kali sehari
4) amalkan meminum air asam jawa, dalam keadaan suhu panas2 suam
5) Kismis
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
6) 1 sudu plastik madu lebah. perahkan sedikit limau nipis dan selawat 3 kali...minum. 3 kali sehari. pagi tengahari dan malam..insyaallah akan baik dengan izin Allah s.w.t
7) Untuk menghilangkan batuk dengan cepat ;
KETIKA HENDAK TIDUR MALAM , SAPUKAN VICKS VAPORUB DI TELAPAK KAKI & SARUNGKAN DENGAN STOKIN .
8) Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor.
Batuk:
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Hilangkan Batuk:
Kapur sireh
Untuk baby batuk.. amik kapur sirih sikit je then perahkan limau nipis then sapu kat leher ank sambil selawat 3x… ( kapur jangan banyak sgt… tkt melecet.. panas.. )
Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Ramas2 pastu sapu kat dada.
Hilangkan batuk:
Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor
Meredakan batuk:
Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
Petua Hilangkan Kahak:
Daun Pucuk Kaduk
Caranya, ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya.
Daun Pokok hati-hati
Ramas2 daun dia.. letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada and belakang. Khayra. Cara ni untuk redakan kahak n batuk.
Rawatan Selsema:
Daun Sireh
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Ibu Kunyit
Untuk selesema jugak.. gosok kan pada batu lesung sampai kuar minyak kunyit tu. bila dah kuar minyak kunyit tu, selawat 3 kali n sapu pada batang hidung n ubun² dia.. insyaallah
Melegakan selsema bayi:
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Selsema:
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk. Untuk bayi ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
Selesema:
Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali
Bayi Selesema:
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
Merawat demam campak.
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).
Menghilangkan demam campak:
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Merawat demam campak:
Ambil sedikit daun jambu campurkan dengan bedak sejuk dan tumbuk sehingga lumat, kemudian di sapukan ke bahagian yang timbul bintik-bintik merah, apabila bintik-bintik merah hampir hilang mandikan dengan air mambu yang diramaskan di dalamnya.
Merawat demam campak:
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak:
Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
Menyembuhkan Demam:
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambil patinya). Kemudian air pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya.
Rawatan Anak Demam Panas:
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Demam Panas:
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Anak-anak Demam Berlarutan:
Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
Mengatasi bayi demam selepas disuntik:
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
Demam selsema:
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa, dan ramas-ramas di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, lalu sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan ubun-ubunnya. Sapukan hingga anak anda kembali selesa. Insya Allah kesannya kembali memuaskan.
Masalah Ketidakhadaman Makanan:
Lobak Putih
Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
Sengkuang Cina
Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik.Rasanya yang manis dan menyejukkan elok dimakan untuk meredakan demam, selesema dan batuk.
Menghadamkan makanan:
Sediakan tembikai dengan tamar dan makan buah-buahan tersebut sebelum sarapan.
Merawat Bisul:
Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.
Penawar Bisul:
Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh.
Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.
Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
Merawat Kutil:
Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.
Ketuat:
Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
Menghilangkan Ketuat:
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Pulihkan Kulit Melecur:
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Apabila Terkena Air Panas:
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.
Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas:
Sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
Anak-anak Kencing Malam:
Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuan di ari-arinya.
Mengurangkan penyakit kencing manis:
Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.
Penawar Kencing Manis:
Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Melawas Kencing:
Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.
Mengubati Penyakit Jantung:
Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.
Memulihkan Sakit Jantung:
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Menghindarkan Sakit Jantung:
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Merawat Darah Tinggi:
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan
Kurangkan Penyakit Darah Tinggi:
Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.
Merawat darah tinggi:
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan.
Menghilangkan Parut Jerawat:
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.
Mengelakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin:
Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut.
Menghilangkan Parut:
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Menghilangkan Parut di Kulit:
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Menghilangkan parut:
Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.
Menghilangkan parut luka:
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Menormalkan suhu Badan:
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.
Turunkan suhu Badan Bayi:
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.
Pulihkan Bengkak Di Kaki:
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh.
Menyembuhkan Gusi Bengkak:
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas, setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.
Merawat Bengkak Usus:
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Mata bengkak:
Mata bengkak biasanya disebabkan oleh lebihan air pada bahagian mata. Ia di sebabkan oleh kekurangan tidur, stress atau keliling mata berlemak. Oleh kerana itu anda perlu berikah perhatian lebih kepada kesihatan mata. Anda boleh mengelakkan masalah ini. Misalnya, pastikan makan malam tiga jam sebelum tidur. Hindari juga minum dengan banyak. Krim malam juga boleh menjadi punca masalah ini. Teliti krim malam anda. Pastikan formula krim malam anda tidak terlalu berat. Rehatkan mata anda dengan uncang teh yang basah. Letakkannya di tengah-tengah mata dan biarkannya sehingga kering. Asid tannic dalam teh dapat berfungsi sebagai astringent. Senaman mata juga penting. Caranya, lirikkan mata anda ke beberapa arah berbeza. Lakukannya dengan kerap. Latihan ini berfungsi untuk merehatkan otot mata dan membantu mengurangi cairan.
Hilangkan bengkak:
Banyak petua atau cara hendak mengubati penyakit bengkak-bengkak dikaki atau tangan (bukan biri-biri). Setengah petua tidak serasi dengan penyakit tersebut. Bagi mereka yang sudah banyak mencuba beberapa petua tradisi untuk mengubati penyakit tersebut, tetapi tidak juga sembuh-sembuh, cubalah pula satu lagi petua tradisi seperti dibawah.
Setakat ini petua ini begitu menjadi dan didapati begitu sesuai untuk penyakit tersebut. Ambilkan daun betik dan rebus sehingga mendidih. Kemudian, campurkan garam secukup rasa. Minumlah air tersebut satu gelas tiap-tiap hari dalam masa dua minggu. Bengkak-bengkak di kaki dan tangan anda akan kembali surut tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Bengkak Akibat Terjatuh:
Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.
Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi:
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.
Bengkak Kaki Waktu Hamil:
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
Bengkak-bengkak di Badan:
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.
Segera beri minum air kelapa yang muda.
Pulihkan bengkak di kaki:

Menghilangkan Bau Badan:
1) Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.
2) Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian
3) Dengan hanya menggunakan beberapa helai daun sirih, anda dapat menghilangkan bau peluh dibadan anda yang merimaskan diri anda sepanjang hari. Caranya sebelum anda mandi gosoklah badan anda (keseluruhan) dengan beberapa helai daun sirih. Tentukan dibahagian sudut anggota badan anda dapat digosokkan dengan baik. Selepas itu barulah anda bersihkan badan dan terus mandi. Hasilnya badan anda tidak akan berbau peluh lagi walaupun pada suatu waktu badan anda terlalu banyak mengeluarkan peluh. Bagaimana pun amalkan dua tiga kali dalam sebulan.
Hilangkan bau badan:
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air.
Menghilangkan bau badan:
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.
Menghilangkan Bau Badan:
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Hilangkan bau badan wanita:
Masalah yang dihadapi oleh kaum wanita ini boleh diatasi dengan mengamalkan memakan daun temangi sebagai ulam dan hasilnya bau badan akan hilang.
Mari Hapuskan Kelemumur:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.
Hilangkan kelemumur:
Petua untuk menghilangkan kelemumur adalah dengan menumbuk daun inai sehingga halus sebelum dilumur pada kulit kepala. Kepala pula harus disiram dengan air dahulu baru disapu dengan inai. Kemudian balut dengan plastik. Biarkan selama setengan jam sebelum dicuci hingga bersih. Lihat sahaja hasilnya. Pasti memuaskan.
Menghilangkan Panau:
Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
Cara merawat penyakit panau:
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Merawat Panau:
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Merawat Kudis:
Kudis merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh anak-anak. Selain daripada ditubuh badan anak-anak juga ada yang mengidap kudis dikepala. Untuk merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang, sedikit daun ribu-ribu, mata kunyit dan beras, giling hingga lumat berserta sedikit air. Kemudian sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.
Berkudis:
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.
Menghilangkan Jerawat Batu:
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
Jerawat:
Bersihkan dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering dan bersihkan. Amalkan semasa naktidur dan bersihkan apabila bangun tidur.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat:
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Supaya Gigi Lebih Putih:
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.
Ubat Sakit Gigi:
Caranya paling mudah iaitu dengan mengambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil kedalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.
Sakit Gigi:
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan berkurangan.
Hilangkan Karat Pada Gigi:
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
Supaya gigi terlihat lebih putih:

Hapuskan Pecah-pecah Telapak Kaki:
Ambil buah betik yang masih muda dan potong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu. Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.
Kalau kaki dimakan air:
Mula-mula anda ambillah gambir yang telah anda tumbuk halus kemudian campurkan dengan minyak kelapa, kacau biar sebati dan sapukanlah kepada bahagian kaki anda yang tadal dan pedih itu. Buatlah selalu, pasti rasa sakitnya akan hilang tidak berapa hari kemudian.
Masalah Cirit-birit:
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula
Melegakan Cirit Birit:
Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.
Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain.
Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
Rambut:
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang²nya seminggu sekali.
2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.
Melembutkan Rambut:
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Rambut Lebat:
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Melebatkan Rambut:
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Mengelak Rambut Gugur:
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Rambut merah dan bercabang:
Jika anda mendapati rambut anda merah dan bercabang, janganlah merasa runsing, sebaliknya cubalah mengubatinya sendiri. Caranya terlalu mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah didapati. Anda hanya perlu ambil air dari rebusan kangkung tadi dan didinginkan dan tiris dia dari daunnya. Kemudian anda ambil air daun tadi dan cucuklah atau siramkan kepada rambut anda yang telahpun dicuci bersih. Lakukanlah setiap hari sambil rambut tadi diramas-ramaskan dengan air daun kangkung itu. Hasilnya anda akan mendapati rambut anda yang merah dan bercabang itu akan segera menjadi hitam dan sihat.
Kurangkan Kadar Kolestrol:
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut:
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingga sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka:
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka:
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghaluskan Kulit:
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Kulit Cerah dan Licin:
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Menghasilkan Kulit Cantik:
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Tegang kulit:
Untuk mengatasi masalah ini, bahan-bahannya adalah putih telur. Sapu putih telur pada muka dan biarkan kering setengah jam. Lepas tu bersihkan dengan air suam. Secara tidak sengaja, kulit akan rasa tegang.
Merawat Kulit Berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Air beras cerahkan kulit:
AIR basuhan beras memang mempunyai banyak hasiat. Antaranya adalah mencerahkan kulit. Caranya, ambil air beras dan embunkannya semalaman. Kemudian air beras yang sudah berembun tadi boleh dijadikan air mandian. Lakukannya dua kali seminggu, hasilnya pasti memuaskan.
Melicinkan kulit:
Ambil beras dalam segenggam dan rendamkannya ke dalam air sehingga kembang. Buangkan airnya dan tumbuk sehingga lumat bersama-sama kunyit hidup. Setelah itu campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke muka dan badan. Biarkannya sehingga kering. Sesudah itu sentalkannya dengan jari anda yang basah. Anda akan
melihat kotoran akan keluar. Lakukannya dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya.
Mencantikkan kulit:
Giling tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis, Ketika handak mandi gosok bancuhan tadi di seluruh badan dan muka perlahan-lahan baru mandi. Ia mengganti sabun. Jika selalu dilakukan, kulit menjadi halus dan bersih.
Senggugut:
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.
Merawat Senggugut:
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Mengatasi Senggugut:
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut .
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut .
Mengubati Senggugut:
Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Petua Menghentikan Pendarahan:
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.
Menghentikan hidung berdarah:
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Menambahkan Darah:
Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :
Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.
Gusi Berdarah
Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :
Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.
Merawat Hidung Berdarah:
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.
Merawat Luka:
Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.
Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.
Rawatan jika terkena minyak atau air panas:
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
Merawat penyakit buasir:
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Mencegah Penyakit Buasir:
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.
Memudahkan bayi buang air besar:
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Susah buang air besar:
Jika anda menghadapi masalah sukar buang air besar setiap pagi cuba amalkan panduan ini, ia mungkin boleh memberikan bantuan kepada anda jika didapati sesuai dengan tubuh anda. Caranya amat mudah iaitu minum air kopi pahit yang tidak diberi gula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tadi. Sesudah dibancuh pekat anda minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.
Sukar Buang Air Besar:
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
Bayi Sukar Buang Air Besar:
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari.
Penawar Resdung:
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Resdung:
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Menyerikan Wajah:
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.Selamat mencuba.
Daun sirih untuk wajah berminyak:
ANDA sering mengalami masalah kulit wajah yang berminyak. Untuk mengurangkan masalah itu 1 ambil beberapa helai daun sirih lalu diramas ke dalam air. Setelah itu sapukan pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat selama 3 minggu berturut-turut. Anda akan perolehi hasilnya.
Mengekalkan Kecantikan wajah:
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menjadikan wajah berseri:
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Awet Muda:
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Badan Ringan Dan Bertenaga:
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Sihat Tubuh Badan:
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan badan:
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi kurus kering nanti.
Melangsingkan Tubuh:
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Mengelakkan gula dimasuki semut:
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
Mengatasi semut masuk dalam telinga:
Kadang-kadang ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang telinganya dimasuki oleh serangga seperti semut yang sukar untuk dikeluarkan. Biasanya keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain disemak-semak, khususnya pada anak lelaki. Mengeluarkan semut tersebut memang satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk dikeluarkan semakin dalam masuknya dan makin menyakitkan. Sebenarnya ada satu cara yang paling baik untuk dilakukan biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kapur sirih sebaik-baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air. Sapukanlah kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda bahagian luar telinganya sahaja. Biarkan seketika pasti semutnya akan keluar dengan sendirinya. Inilah dia petua orang tua-tua.
Telinga Dimasuki Serangga:
Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Menyegarkan Mata:
Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Buang sampah dimata:
Pernahkah mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi tentunya mata anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu penglihatan anda. Kadang kadang jika ini terlalu serius, mata anda akan menjadi merah dan bengkak-bengkak. Bila berkeadaan begini apakah tindakan anda?. Mengikut petua, anda disyorkan mencampurkan beberapa butir garam kedalam air suam-suam panas. Seelok-eloknya isikan air kedalam besen. Cecahkan muka anda kedalam air dan kenyit berulang-ulang sehingga mata anda terasa ringan. InsyaAllah sampah atau habuk yang terlekat pada mata anda akan hilang kedalam air.
Melentikkan Bulu Mata :
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Menghapuskan Bulu Roma:
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.
Mengurangkan Dengkur:
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Sembuhkan Kurap:
Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit ini, namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini akan diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.
Mengempiskan Perut:
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
Mengempiskan Perut:
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit:
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Daun Sirih Ubat Kembung Perut:
Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi.
Kejang Perut:
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.
Membersihkan perut:
Jika perut rasa tidak selesa, senak atau sembelit, guna cara ini. Caranya makanlah buah nenas samada makan begitu saja atau dibuat jus. Buah nenas yang dibuat jus diminum segelas pagi dan petang. Amalkan dan insyaallah perut akan rasa lega, tidak meragam dan proses pelaburan juga akan mudah dan teratur.
Hilangkan perut kendur:
WANITA yang mengalami masalah berat badan mungkin mengalami masalah perut
kendur. Untuk mengelakkan penampilan yang kurang menarik itu amalkan petua
ini. Ambil sebiji limau nipis, perah airnya pada piring. Selepas itu ambil sedikit kapur sirih dan gaulkan dengan air limau nipis tadi. Sapukan campuran tadi pada perut anda. Lakukan setiap malam sehingga anda memperolehi hasilnya.
Menaikkan Seri Muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Hilangkan kesan campak muka:
Parut jagung muda dan gosokkan pada tempat yang berkenaan. Buat beberapa hari. Insyaallah ia akan hilang.
Bagi ibu yang mengandung:
Bagi wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-muntah. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil jambu batu (jambu biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah lumat, campurkan dengan segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila sudah hening bolehlah diminum. Ini perlu diamalkan selama tiga (3) hari berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.
Mengatasi Mual Ketika Mengandung:
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.
Luka Bersalin:
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin:
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Senang Bersalin:
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.
Memerahkan Bibir:
Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Bibir Pecah Akibat Kepanasan:
Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.
Merawat pecah-pecah di bibir:
Ambil getah pokok sena yang berwarna merah, kemudian sapukan ke tempat yang pecah. Insya Allah dalam dua hari akan sembuh.
Menghindari Penyakit:
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Sakit Kuning:
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.
Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning:
Kadangkala bayi yang baru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.
Menghilangkan Bisa-bisa Tulang:
Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
Tercekik Tulang:
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.
Menahan Nafas:
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Kanak-kanak Sesak Nafas:
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.
Sesak Nafas:
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.
Telinga Dimasuki Air:
Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.
Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid:
Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.
Bawang Putih Bunuh Kutu:
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.
Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang:
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.
Kuku mencengkam:
Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu, ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh anda lakukan cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.
Sakit kepala:
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua Insya Allah akan beransur baik.
Sakit kepala:
Bila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala.
Legakan Sakit kepala:
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.
Penawar Sakit Kepala:
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
Daun Pucuk manis Ubat Pitam:
Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.
Sakit Angin:
Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
Melegakan Sakit Akibat Terkepit:
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.
Sakit Disengat Lebah:
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.
Memulihkan Tenaga Lelaki:
Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
Mengurangkan Tekanan:
Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.
Mententeramkan Jiwa:
Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi. Tambah solat 5 waktu yg sempurna.
Tersusuk Duri:
Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
Ruam:
Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.
Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih:
Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
Mabuk Kenderaan:
Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
Mandul:
Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.
Keputihan:
Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh.
Merawat Lebam Akibat Tercedera:
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.
Menajamkan Penglihatan:
Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.
Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
Bercelak ketika hendak tidur.
Kerap duduk mengadap kiblat.
Makan lobak putih selalu.
Jika Terminum Racun:
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.
Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus:
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.
Menghidap Barah Rahim:
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.
Petua Mengelakkan Barah:
Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan:
Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.
Penawar Batu Karang:
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.
Hentikan Muntah:
Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.
Hilangkan Rasa Pijar:
Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
Menghilangkan Angin:
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.
Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk:
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.
Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.
Menyedapkan Suara:
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.
Gastrik:
Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.
Batu Karang:
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.
Mengubati Kecacingan:
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.
Cacing Kerawit:
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari.
Menggemukkan Binatang Peliharaan:
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.
Berkhatan Cepat Sembuh:
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.
Mulut harum:
Patahkan sedikit kulit kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.
Kelebihan surah Al-Fatihah:
Surah al-fatihah jika dibaca 41x pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh.
Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.
Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.
Kelebihan surah Al-Mulk.
diriwayatkan At tirmizi dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: satu surah dari Al-Quran ayatnya 30, sanggup melindungi pembacanya hingga menghantarnya ke syurga iaitu surah Al Mulk. "surah Al Mulk adalah penghalang siksa kubur".
"Dari Rasulullah s.a.w. bahawanya orang yang membaca surah Al mulk setiap malam, maka apabila berada di alam kubur akan mendapat pembela dan terhindar dari segala fitnah ajalnya"
Khasiat kapur sirih:
Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

Menghilangkan gatal getah keladi:
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Melicinkan betis:
Ambil limau nipis dan dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tungguh hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.
Merawat tumit retak:
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkanlah selalu untuk melihat perubahannya. Insya Allah.

Antara yang boleh diamalkan ialah:
1. Minum air limau nipis / jus oren.
Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.
Makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.
2. Mandi dengan air panas
Cara kedua yang saya amalkan dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan.
Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.
Mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena.
3) Tips untuk meningkatkan tenaga dan mengatasi keletihan:
Tidur yang cukup adalah antara 7 hingga 8 jam dan jadikan tidur lebih berkualiti dengan menyediakan jadual tidur yang teratur.
Hindari makanan atau minuman yang menyebabkan susah untuk tidur. Kafein tembakau (merokok) dan ubat-ubatan boleh menjadi penyebab merasa lelah.
Perbanyakkan mengambil makanan kesihatan termasuklah buah-buahan dan sayuran yang boleh membantu mengimbangi tenaga. Namun, elakkan daripada makanan dan minuman yang mengandungi gula atau lemak dan kurang nutrisi.
Dehidrasi turut menjadi penyebab untuk seseorang cepat penat dan banyakkan minum air sepanjang hari.
Elakkan tekanan melalui latihan pernafasan dan lakukan aktiviti fizikal secara teratur.
Luangkan masa setengah jam, 5 kali seminggu untuk bantu tubuh lebih aktif melakukan kerja sambilan.
Rasa letih boleh terjadi kerana kegelisahan, tekanan emosi dan sebagainya. Masalah seperti ini mempengaruhi kemampuan untuk melakukan pekerjaan setiap hari.

Petua mengawal loya dan muntah ketika mengandung:
* Lebihkan tidur. Tidur lebih dua hingga empat jam tiap-tiap malam boleh mengurangkan rasa sensitif otak satu mekanisma yang menggalakkan rasa loya dan pening.
* Pastikan sekiranya anda rasa loya ketika terhidu sesuatu bau. Elakkan dari bau-bau yang meloyakan itu.
* Elakkan dari makan terlalu banyak, kerana makan banyak akan membuncitkan perut dan mengakibatkan makanan susah hadam, faktor utama yang boleh membuatkan anda rasa hendak muntah. Cuba makan sedikit-sedikit pada satu-satu ketika.
* Bahkan, sekiranya anda memang cukup sihat dan cukup makan anda bolehlah berhenti makan buat selama 24 hingga 48 Jam. Berehatlah dan minum air banyak-banyak kerana air mudah hadam. Sup, teh atau air perahan apel adalah baik sekali diminum.
* Jauhkan dari memakan makanan yang mendatangkan sakit perut. Caranya ialah dengan memakan makanan sedikit-sedikit. Adalah juga baik sekiranya anda minum air sebelum anda bangun dari katil tiap-tiap pagi.
* Sentiasa bawa bekal biskut kering ke mana juga anda pergi. Kunyahlah biskut itu sebaik saja anda rasa hendak muntah.
* Mungkin doktor anda dapat memberikan anda ubat antacid yang boleh mengurangkan rasa mual. Tetapi berhati-hatilah ketika membeli ubat ini. Jangan beli ubat yang mengandungi sodium bikarbonat. Kadar sodium bikarbonat lyang terlalu tinggi dalam tubuh badan boleh mengakibatkan kaki bengkak kerana bahan garam Itu menahan air dalam tubuh badan.
* Makan vitamin B6 (pyroxidine). Vitamin ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa mual dan pening-pening. Adalah selamat untuk mengambil sebanyak 50 milligram, dua kali sehari seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.
* Sekiranya keadaan anda bertambah teruk mungkin doktor anda akan memberikan vitamin itu melalui suntikan sehingga keadaan anda sembuh.
* Satu faedah memakan vitamin B6 ini ialah ianya boleh menguat-kan otot-otot. Ini dengan sendirinya dapat mengelakkan anda dari sembelit dan dapat menjauhkan anda dari masalah makanan tidak hadam.
* Sekiranya anda terlalu kerap muntah ini menunjukkan keadaan anda serius. Sekiranya ini berlaku
kemungkinan bayi dalam kandungan dan juga ibu akan menghadapi masalah dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh badan. Sekiranya ini terjadi ibu dan bayi dalam kandungan juga akan menghadapi kekurangan makanan.Apabila ini terjadi, anda harus pergi berjumpa doktor.
Punca alahan:
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan:
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
CARA MENGATASI ALAHAN
Makanan:
*Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
*Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
*Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
*Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
*Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
*Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
*Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
*Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman:
*Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
*Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
* Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin Harian:
*Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.
*Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
*Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
*Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
*Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
*Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
*Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
*Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
*Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
*Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
*Berat badan anda menurun dengan banyak.
*Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
*Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
*Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Pelbagai pilihan jenis makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan:
Daun betik
Mengkudu
bayam merah
bayam
tamar
kismis merah
tomato
kacang soya
brokoli
kobis
bunga kobis
Teh (antioksida)
Telur ayan kampung
carrot
carrot putih
epal hijau
anggur merah
anggur
halia
bawang putih
oren
lemon
limau kasturi
limau nipis
betik
belimbing
nenas
Halia
Kulit kayu manis
Asam jawa
serai
lada hitam
strawberi
omega - 3
serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam.
Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
------------------
Kopi (kafein) tidak elok untuk penghidap migrain.
Kopi boleh mengaktifkan sperma
daun saderi
Makanan laut tingkatkan kualiti sperma
Almond dan jenis kacang lain
Buncis
Bayam
oat dan barli
TIRAM
Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak
Buah Oren
Biji Labu
Jeruk Kubis
Pisang
Avokado
Asparagus
lemak Omega-3, seperti mackarel dan salmon
kacang panjang

Apakah dia Piramid Makanan?
Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .
Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?
Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
Paras 1 Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian
Paras 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran
Paras 3 Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang Susu dan produk tenusu
Paras 4 Lemak, minyak, gula dan garam
Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?
Paras 1 Bijirin-bijirin & bijirin berpangkalan produk-produk dan ubi-ubi (8-12 sajian)
Paras 2 Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)
Paras 3 Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)
Paras 4 Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(16)
-
▼
Mac
(12)
- Program EMAK
- Latuhan 1 Malaysia - Free
- Rumah - Borang Perumahan Online
- Rumah - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
- Rumah - Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan...
- Rumah - Skim Rumah Pertamaku (SRP)
- Jabatan Bantuan Guaman Malaysia - Free Services
- Petua - Kesihatan
- Petua - Tip mengurangkan penat dan letih
- Petua mengurangkan loya ketika mengandung
- Makanan yang baik untuk kesihatan
- Piramid Makanan
-
▼
Mac
(12)
Labels
- Akhbar Tempatan (1)
- Aktiviti kanak-kanak (1)
- Al-quran Online (1)
- Animation (1)
- Antivirus dan Internet Security (1)
- Cipta Borang (1)
- Cipta Forum (1)
- Compare Hanset (1)
- Faculty of Information Management UiTM Shah Alam (1)
- Free Clip Art (1)
- Free tools (1)
- Games (1)
- Hiburan (2)
- Icon dan Grafik (1)
- Info Kedah (1)
- Islam (1)
- Jabatan Bantuan Guaman Malaysia - Free Services (1)
- Jahitan (1)
- Kamus dan References (1)
- Kementerian Kesihatan Malaysia - Search Produk (1)
- Kepenggunaan (1)
- Kerajaan Malaysia (1)
- Kesihatan (1)
- Komputer (1)
- Lecturer UiTM (1)
- Librarianship (1)
- Macam-macam (1)
- Makanan yang baik untuk kesihatan (1)
- Panduan Internet dan Blog (1)
- Pendidikan (1)
- Pengurusan Kewangan (1)
- Petua - Kesihatan (1)
- Petua - Tip mengurangkan penat dan letih (1)
- Petua mengurangkan loya ketika mengandung (1)
- Photoshop (1)
- Pinjaman (1)
- Piramid Makanan (1)
- Program EMAK (1)
- Resepi (1)
- Rumah - Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (1)
- Rumah - Borang Perumahan Online (1)
- Rumah - Kalkulator Pinjaman Perumahan (1)
- Rumah - Panduan Beli (1)
- Rumah - Skim Rumah Pertamaku (SRP) (1)
- Rumah - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (1)
- Semak saman (1)
- Senarai IPTS berdaftar dengan MQA (1)
- Software (1)
- SPA (1)
- Syarikat penghantaran (1)
- Template Blog (1)
- Tips Percarian Maklumat Melalui Google (1)
- Travel (1)
- Usahawanhttp://bpp.icu.gov.my/eDirektori/?page=main (1)
- Waktu solat (1)
- Web Berguna (1)
- Web Hosting (1)
Net@LONGGOK
-
-
Jawatan Kosong Di Lembaga Pelabuhan Johor - [image: Free advertising] *Kemaskini: 25/06/2012 >>> Longgok Jawatan Kosong Kerajaan akan Kembali pada Julai 2012!!* = = = = = = = = = = = = = = = = = ...
-
-