Sumber: Menggali ilmu di internet menggunakan enjin carian/Khairul Nizam bin Zainal Badri
ISBN 9789833526130
Cari pantas – gunakan butang I'm Feeling Lucky
Gunakan kata kunci yang singkat
Carian spesifik menggunakan peraturan AND
digunakan untuk mengecilkan skop carian. Cth: Dell AND Malaysia
keputusan carian akan memaparkan laman web Dell Malaysia di tempat yang teratas.
Peraturan OR
keputusan carian yang diperolehi adalah terdiri daripada dua item yang berbeza bukannya gabungan kedua-dua item itu.
Peraturan (quote)
sesuai digunakan untuk mencari lirik lagu, baris-baris penting dalam teks/ucapan ataupun frasa-frasa yang nampak lebih realistik yang kemudiannya boleh menjadi teras kepada pencarian sumber atau sambungan ke laman web yang lain.
Cth: “Ideas fof Life” moto bagi syarikat Panasonic.
Peraturan wilcard atau simbol *
digunakan untuk memudahkan pencarian yang melibatkan sesuatu perkataan yang tidak kita ketahui dalam satu frasa.
Digunakan untuk mencari judul buku, tajuk lagu, judul album, nama tempat atau apa sahaja frasa yang adakalanya kita tidak ingat sepenuhnya.
Cth: Belajar memasak bersama Chef *
Peraturan +
digunakan untuk membuat kata carian yang lebih terperinci atau spesifik dimana jika kita tidak menggunakannya ia mungkin memberi maksud yang berbeza.
Cth: katakan anda ingin cari kereta sewa di LA (Los Angeles), anda taip +la car rental
Peraturan -
digunakan untuk membuat carian yang melibatkan pengecualian pada sesuatu perkataan.
Cth: anda mahu mencari maklumat yang berkaitan dengan kuala tetapi tidak mahu ada kaitan dengan Lumpur(tidak mahu keputusan carian berkenaan Kuala Lumpur)
kuala -lumpur (jarakkan tanda – selepas kuala)
Peraturan ~
enjin carian akan cuba mencari perkataan, frasa ataupun terma yang hampir sama maksudnya atau bergabung dengan kata carian yang telah dimasukkan.
Cth: Rekod ~data
Fungsi Google adalah hanya untuk memberikan keputusan carian dengan cara menyenaraikan kesemua hasil carian yang relevan atau berkaitan dengan kata carian yang telah dimasukkan bukannya 'menjawab' soalan yang dikemukakan.
Tidak perlu letak tanda noktah kerana google tidak mengecam tanda tersebut. Hasil carian adalah sama.
Carian boleh dimasukkan menggunakan huruf kecil atau besar. Hasilnya adalah sama.
Advanced Search
1)with all of the words – prinsip carian adalah sama dengan peraturan AND iaitu enjin carian akan memaparkan semua hasil carian yang terdiri dari dua atau lebih kata carian yang digabungkan tanpa ada pengecualian.
Cth: Kuala Lumpur atau Kuala AND Lumpur
2) with the exact phrase – prinsip carian adalah sama dengan peraturan pernyataan (quote) iaitu enjin carian akan memaparkan hasil carian yang terdiri daripada frasa-frasa yang mengandungi kata carian yang telah dimasukkan.
Cth: “Kuala Lumpur”
3) with at least one of the words – prinsip ini adalah sama dengan peraturan OR iaitu enjin carian akan memaparkan hasil carian yang terdiri dari salah satu kata carian yang telah dimasukkan.
Kedua-dua kata carian akan dipaparkan tetapi secara berasingan.
Cth: Kuala OR Lumpur
4) without the words – prinsip ini adalah sama dengan penggunaan peraturan – iaitu enjin carian
akan memaparkan hasil carian yang kandungannya tidak mengandungi kedua-dua perkataan
yang telah dimasukkan.
Cth: -Kuala -Lumpur
File Format – Anda boleh memilih format fail yang hendak dicari iaitu pdf, ps, doc, xls, ppt dan rtf
- Cara search di kotak carian Cth: Pengurusan filetype:pdf (semua hasil carian alan memaparkan
fail pdf sahaja.
Occurences – Fungsi ini membolehkan anda menghadkan carian kepada beberapa perkara seperti:
1.In the title - kata carian mesti berada pada tajuk. Cth: allintitle: Piala Dunia 2004
2.In the text – kata carian mesti berada pada kandungan teks Cth: allintext: Piala Dunia 2004
3.In the URL – kata carian mesti berada pada alamat URL Cth: allinurl: Piala Dunia 2004
4.In link to the page – kata carian mesti berada dalam link atau sambungan ke mukasurat atau laman web yang lain. Cth: allinanchor: Piala Dunia 2004
blh juga buat gabung. Cth: intitle:piala dunia 2004 -intext:malaysia
Domains – Anda boleh menghadkan carian anda dengan menumpukan laman web tertentu atau domain
tertentu sahaja spt .com, .org, .net dll.
Cth: kemasukan site:www.upm.edu.my (hasil carian berkisar mengenai upm sahaja)
kemasukan site:edu.my
kemasukan site:my
Google Print (http://print.google.com)
Anda boleh membuat carian tentang buku dengan menggunakan kemudahan ini.
Google Scholar (http://scholar.google.com)
Anda boleh membuat carian tentang kertas-kertas ilmiah dengan menggunakan kemudahan ini.
Google sebagai kalkulator
masukkan cth: 555 + 456 didalam kotak carian dan kemudian klik pada butang google search atau enter dan jawapan akan diberikan.
Boleh juga meggunakan perkataan cth: ten plus ten
Unit metrik: google turut menyediakan kemudahan bagi menukar unit metrik seperti
mile to kilometer cth: 20 miles in kilometers, 1 usd in myr
1.Berat (Kilogram, pound, carat)
2.Panjang (meter, mile, kilometer, feet)
3.Isipadu (gallon, liter, teaspoon)
4.Luas (acre, hectare, square kilometer)
5.Masa (day, second, year)
6.Kuasa Elektrik (volt, amp, joule, ohm)
7.Tenaga (calories, kilowatt)
8.Maklumat (bit, byte)
9.Bilangan (dozen, percent, gross)
10.Sistem nombor (hexadecimal, decimal, octal)
* semua mesti dalam bahasa Inggeris
Pertanyaan Istimewa
Populasi penduduk: masukkan kata kunci Population in Malaysia
Nilai matawang: masukkan kata kunci currency in Thailand
Perdana Menteri: masukkan kata kunci Prime Minister in Malaysia